Thursday 11 April 2013

Kata Kerja Transitif 2


Perhatikan contoh penggunaan kata kerja transitif dengan betul di bawah.


Subjek
Predikat

      Kata KerjaTransitif
Objek
1.Emak
menjemur
pakaian
a
2.Beliau
merasmikan
-
 x
3.Ramu
menyepak
bola
a
4.Pak Seman
menebang
pokok
a
5.Kakak
menyiang
-
 x


Nota: Objek dapat ditentukan apabila kata tanya apa atau siapa
diletakkan selepas kata kerja dibina.





Kata dasar perlu menerima imbuhan tertentu untuk membentuk kata kerja transitif. Perhatikan imbuhan yang digunakan.


Imbuhan
Kata Kerja Transitif
Contoh Ayat
men-
menjahit
Kakak bekerja mengambil upah menjahit baju.
men…i
menjalani
Ramlan sedang menjalani hukuman penjara selama dua tahun.
men…kan
mencantikkan
Pak Abu sedang mencantikkan rumahnya.
memper-
memperluas
Kerja-kerja memperluas sedang dijalankan.
memper…i
memperingati
Tugu Negara dibina untuk memperingati perajurit yang gugur di medan perang.
memper…kan
memperkatakan
Mereka sedang memperkatakan tentang isu ketiadaan air.

4 comments:

  1. Memang bagus,nota ini jelas dan mudah difahami dengan adanya ayat di sebelah.

    ReplyDelete
  2. nota ringkas dan mudah difaham.

    ReplyDelete
  3. penerangan kepada pelajar tentang kata kerja transitif membolehkan pelajar menguasai pengetahuan tentang penggunaan kata kerja transitif dalam latihan.

    ReplyDelete
  4. Nota jelas sesuai sebagai nota rujukan murid.

    ReplyDelete