Thursday 11 April 2013

Kata Kerja Transitif 1


Kata Kerja Transitif


Kata kerja transitif ialah kata kerja yang tidak dapat berdiri sendiri dalam binaan sesuatu ayat. Kata kerja transitif memerlukan objek penyambut yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama.



Contoh ayat:

a)   Pak Ali menebas rumput di belakang rumahnya.
·       
‘   "Menebas" dalam ayat di atas ialah kata kerja transitif yang  memerlukan kehadiran penyambut atau objek.

·        Objek dalam ayat di atas ialah rumput yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.


Nota: Binaan ayat akan tergantung sekiranya tidak disertakan objek
untuk kata kerja transitif.

1 comment:

  1. Contoh yang diberi oleh cikgu memudahkan saya memahami apa itu kata kerja transitif.

    ReplyDelete