Sunday 21 April 2013

Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan objek dalam binaan sesuatu ayat.



     Subjek
                          Predikat
Kata Kerja Tak Transitif
   Objek
1.Adik
sedang menangis
-
2.Amin
ketawa
-
3.Mereka
sedang belajar
-
4.Emak
sedang memasak
-












Nota: Kata kerja tak transitif dapat ditentukan dengan menyoal mana
          atau bagaimana selepas kata kerja dibina.




¥ Kata kerja tak transitif dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu bentuk
   kata tunggal dan bentuk kata berimbuhan. Imbuhan yang terdapat   
   pada kata kerja tak transitif ialah ber-, men-, ter-, ber…an, ber…kan.


Lihat contoh berikut:-




Kata Kerja Tak Transitif
Contoh Ayat
Bentuk Tunggal
demam
tidur

●Adik demam pada hari ini.
●Emak masih belum tidur lagi.
Bentuk Imbuhan
beR-
berkawan

bersenam



●Kami telah berkawan hampir sepuluh 
  tahun.
●Fatimah bersenam pada waktu petang.
meN-
menangis
mengalir

●Adik menangis teresak-esak.
●Air sungai itu mengalir dengan deras.

teR-
termenung
tertidur

●Kakak termenung di jendela.
●Pak Sukri tertidur di beranda rumahnya.

ber…kan
berselimutkan
bermandikan

●Pengemis itu tidur berselimutkan embun.
●Pekerja binaan itu bermandikan peluh.

ber…an
berlumuran
berhadapan

●Badannya berlumuran darah.
●Dia sedang berhadapan dengan seekor
  harimau.

Thursday 11 April 2013

Kata Kerja Transitif 2


Perhatikan contoh penggunaan kata kerja transitif dengan betul di bawah.


Subjek
Predikat

      Kata KerjaTransitif
Objek
1.Emak
menjemur
pakaian
a
2.Beliau
merasmikan
-
 x
3.Ramu
menyepak
bola
a
4.Pak Seman
menebang
pokok
a
5.Kakak
menyiang
-
 x


Nota: Objek dapat ditentukan apabila kata tanya apa atau siapa
diletakkan selepas kata kerja dibina.





Kata dasar perlu menerima imbuhan tertentu untuk membentuk kata kerja transitif. Perhatikan imbuhan yang digunakan.


Imbuhan
Kata Kerja Transitif
Contoh Ayat
men-
menjahit
Kakak bekerja mengambil upah menjahit baju.
men…i
menjalani
Ramlan sedang menjalani hukuman penjara selama dua tahun.
men…kan
mencantikkan
Pak Abu sedang mencantikkan rumahnya.
memper-
memperluas
Kerja-kerja memperluas sedang dijalankan.
memper…i
memperingati
Tugu Negara dibina untuk memperingati perajurit yang gugur di medan perang.
memper…kan
memperkatakan
Mereka sedang memperkatakan tentang isu ketiadaan air.

Kata Kerja Transitif 1


Kata Kerja Transitif


Kata kerja transitif ialah kata kerja yang tidak dapat berdiri sendiri dalam binaan sesuatu ayat. Kata kerja transitif memerlukan objek penyambut yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama.



Contoh ayat:

a)   Pak Ali menebas rumput di belakang rumahnya.
·       
‘   "Menebas" dalam ayat di atas ialah kata kerja transitif yang  memerlukan kehadiran penyambut atau objek.

·        Objek dalam ayat di atas ialah rumput yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.


Nota: Binaan ayat akan tergantung sekiranya tidak disertakan objek
untuk kata kerja transitif.

Kata Kerja


Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan membuat sesuatu. Kata kerja terdiri daripada:

(a)  Kata kerja transitif

(b) Kata kerja tak transitif